Husna Hassan
refresh profile linkies




Assalammulaikum and Hi there ! Welcome to my unprivate diary. Wish your day fine as you hope. Husna here ! Nice to meet you. Do follow me later I will follow you back. Be nice here ! Just respect me if you want me to respect you back :)
Hate my blog ? I DON'T CARE !


TUNANG
KAHWIN
SAVING RM10,000
BERAT 60KG
KERETA



RINDU

 


    Rindu yg tiada penghujung dan tiada siapa yg tahu bila rindu akan habis dan termakbul. Ya, aku rindu pada seorang hamba Allah dan lelaki pertama di dunia yg aku kenal iaitu ayah. 
    
    Sebenarnya rindu ini setiap hari menerjah tanpa dipinta dan minta. Datang tanpa aku bersedia mental dan fizikal. Dan aku hadap sorang-sorang tanpa orang tahu rindu yg teramat sangat. Setiap hari rasa macam dia ada tapi hakikatnya sudah 3 bulan dia pergi ke tempat abadi.

    Harini ada seseorang di media social kehilangan seorang ayah yg dia cinta. Baru nak berbakti dan buat ayahnya bahagia tapi ayahnya dijemput Ilahi lebih awal. Walaupun hanya kenal di social media but aku rasa apa rasa apa yg dia rasa sbb aku pun pernah hadap apa yg dia hadap. Dia menangis sekuat hati, cuba untuk kuat tapi hakikatnya dia lemah. Bapaknya meninggal di depan mata kepala dia sendiri dan sama juga macam aku hadap sebelum ni. 

    Ayah meninggal depan mata aku, aku nampak bila keadaan ayah ditarik nyawa oleh Malaikat, aku bisik di telinga dia untuk dia ingat Allah dan mengucap dua kalimah syahadah. Perit tapi itu yg aku hadap. Alhamdulillah ayah pergi dalam keadaan baik, ditarik nyawa tanpa nampak kesan sakit di raut wajah walaupun fizikal dia ditebuk lubang di tengkuk dan mulut senget sebab terlalu lama menggunakan bantuan oksigen. 

    Nukilan untuk ayah;

    "Ayah, tak lama lagi akak dah nak jadi isteri orang. Lagi sebulan je lagi ayah. Akak harap pilihan akak nak jadikan dia sebagai suami, pilihan yg terbaik. Akak taknak dia baik mcm ayah dan terbaik macam ayah cuma berharap dia boleh jaga akak mcm mana ayah jaga akak hingga kak umur 27 tahun, hingga akhir hayat ayah. Akak takut tapi akak pun kena hada jugak kan benda ni ? Ayah pun kenal dia. Kak berhara ayah tengok dan berdoa untuk akak supaya kak jadi isteri yg solehan utk suami dan ibu yg baik utk anak akak nanti. Terima kasih ayah sbb dah didik akak untuk jadi anak yg berguna. Kak sayang sangat dekat ayah dunia dan akhirat. Berbahagia lah ayah di sana yaa. Hingga kita bertemu lagi`"
    




Thanks for reading. Lot of Love.